KeHiduPannnn.......


sad or happy depend on you
aku tak tau aper yang aku carik dalam dunia nih. sejenak tadi aku berfikir kenapa kita perlu berkasih sayang. jawapan dalam hati adalah keperluan jawapan dalam minda adalah mengisi kebosanan. dan tadi jugak aku berfikir kenapa kita perlu mencari keserasian?. adakah kerna demi mencapai objektif didunia? untuk tidak kekok dalam menghadapi dunia yang bakal menjelma kemudian. seorang yang aku kenal ini pendiam orangnya, berkata bila perlu, beliau berkata pada aku dengan tujuan supaya aku mengerti persoalan yang bermain dalam minda aku selama ini. ungkapan yang mudah ditujukan kepada aku dan sahabat aku yang sorang lagi. "bagi menjawab persoalan yang bermain dalam fikiran ko dua orang ni cuba cari 'apa makna kehidupan dan apa erti kehidupan".

walaupun kata kata itu sering diucapkan oleh orang kita sekarang bagaimanakah skema jawapannya? adakah setiap manusia ini sama makna kehidupan masing masing. atau hala tuju masing masing berbeza dari yang lain mengikut kehendak didunia ini. adakah penciptaan alam ini berkaitan dengan apa yang berlaku dalam kehidupan. segala persoalan ini jawapan nya satu dan jawapan itu adalah subjektif. tertakluk kepada makna masing masing tentang kehidupan.

bagi aku kehidupan adalah penciptaan yang dijadikan untuk aku samaada untuk membantu atau untuk menguji apa yang aku ada, dan makana kehidupan pada aku adalah perjalanan yang dilalui harus kau tempuh kerana kemanisan perjalanan ini yang akan menentukan siapa aku . dan siapa yang akan bersama aku dalam pejalanan ini. 

mungkin yang diluar sana kuang jelas dengan apa yang cuba aku sampaikan. in simple word kalau kehidupan kita ini adalah lakonan pentas atau drama dimanakah watak kita. masing masing mahu menjadi watak utama, akan tetapi bagaimanakah jalan ceritanya?. kalau jalan ceritanya banyak pengisian ceritanya akan bagus dan kalau pengisianya kurang cerita akan bosan. 

hidup dengan cerita masing masing semoga hidup dan jalan cerita anda akan menjadi cerita yang akan membuat anda bangga dengan cerita anda.... good luck
0 Responses

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...