| 
      
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.         bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."
Khutbah ini disampaikan pada 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriyah di lembah Uranah, Gunung Arafah.
  
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,   dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah   aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu   dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada   orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini. 
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga   mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke   atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam   suasana kasih sayang. 
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan belemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersunggah-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji' sekiranya kamu mampu.

Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada   Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia   dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh. Ingatlah, bahawa   kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di   atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan   sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. 
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan   tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul   dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya   aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh   dan mengikuti kedua-duanya. nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.   Itulah Al-Quran dan Sunnahku. 
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu...

nice info bro~ :D